Maklumat lagu Jóga

Lagu ini ialah gabungan antara pengorkestraan alat-alat tali yang bersifat romantis dengan rentak elektronik yang ganas. Ini merupakan kesan yang diingini oleh Björk bagi albumnya, Homogenic.

Saya telah membuat banyak uji kaji dengan rentak cuba menjadikannya berbunyi ganas. Dengan lagu ini, saya memikirkan tentang sebuah Lagu Kebangsaan. Bukannya Lagu Kebangsaan tetapi semestinya lagu klasik Iceland - sangat romantis, sangat bangga.[1]

—Björk, Temubual bersama David Hemingway

Lirik lagu ini tidak mengandungi perkataan jóga, sebaliknya mengandungi unsur repetisi perkataan state of emergency (bermaksud "keadaan darurat"). Sebenarnya lagu ini adalah sebuah dedikasi untuk seorang rakan Björk yang bernama Jóhanna Jóhannsdóttir (yang diberi nama timangan "Jóga"). Lagu ini juga ditujukan kepada negaranya, Iceland.